Wednesday, February 25, 2015

Bersyukur dengan ketentuanNya

Alhamdulillah..betapa sukar betapa payah namun kasih sayang Allah masih luas terhadap hamba-hambaNya..

Pengalaman mengembara di Istanbul..ya Allah benar-benar mengajar erti kesabaran..benarlah..setiap yg berlaku ada hikmahnya..kita belajar sesuatu hanya selepas kita melaluinya..syukurlah masih diberi peluang kembali ke tanah air menatap wajah-wajah kesayangan..

terlalu banyak yg ingin dikongsi sebagai pengajaran pada masa hadapan..
Insha Allah akan bersambung lagi..

Tuesday, October 7, 2014

Anak..

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahummasolli a'la muhammad wa'ala alihi wassohbihi wassallim..

Alhamdulillah..segala puji-pujian bagi Allah..sebelum ni saya dah kongsi kisah saya bertemu jodoh..
Lepas 2-3 bulan kawen..mula lah soalan-soalan seperti dah berisi ke belum..sebelum kawen tanya bila nak kawen..lepas kawen tanya lagi...memang tak abis soalan-soalan sebegitu..orang kita memang sangat-sangat prihatin kan...
Macam saya...bulan ke-5 kahwin baru hamil..Alhamdulillah..terjawab persoalan orang2 yang prihatin..hehe..
Nak dijadikan kisahnya..anak sulung baru 3 bulan dah hamil lagi...kemudian anak kedua 7 bulan hamil anak ketiga..Alhamdulillah..dah kahwin lambat Allah bagi anak cepat dan rapat..itu pun orang-orang yang prihatin komen lagi..amboi! cepatnya..ekpress gila..sabau je la kan..

Memang saya pun tak sangka akan bersalin rapat-rapat macam tu..penatnya Allah ja tau..anak no.1sekarang 3 tahun, no.2 dah 2 tahun (beza kakak & abang ngah memang ngam2 setahun (kakak 17 oktober, adik 21 oktober), yang no.3 sekarang 7 bulan..mula-mula tau hamil yang ke2 dan ke3 memang macam2 perasaan..tapi bila anak lahir tengok wajah dan keletah masing-masing hilang segala rasa negatif..rasa bersyukur sangat..setiap anak ada keistimewaan masing-masing....kadang-kadang hairan ada yg sanggup dera atau buat macam-macam pada anak..

Apapun..kepada yang masih belum punya anak walaupun dah bertahun kahwin..bersabarlah (cakap memang mudah kan...)pasti Allah tahu yg terbaik untuk kalian..



Wednesday, September 24, 2014

Kereta..



Bismillahirahmanirrahim......

Jom nak citer pasal keta lak..kereta pertama yg aku beli ialah proton saga second hand (macam dalam gambar tu ..Foto:Ihsan Pakcik Google))..masa tu baru ja keja..keta tu kira keta pertama untuk keluarga jugak la..maklumla keluarga kami bukan orang berada..ayah cuma ada motosikal lama ja..itulah pengangkutan utama kami nak ke mana-mana..
                                                                                                                                                                    Masih segar dalam ingatan macam mana ayah hantar/ambil aku kat stesen bas BW dengan motosikalnya..dengan beg besar letak kat tengah2..mujurlah ayah badannya kurus ja dan aku pun kecik ja masa tu..(sekarang pun kecik gak..hehe )..itulah pengorbanan ayah..dengan motor tu lah hantar anak2 ke sana sini..huhu (terharunya bila ingat jasa orang tua..)

Banyak pakar-pakar perancang kewangan nasihatkan supaya jangan berhabis duit untuk kereta sebab kereta tu liabilit..nilainya semakin merosot..malah sebaik-baik bayar ansuran kereta jangan lebih 10% daripada gaji setiap bulan..betul dah orang  tua-tua kata..ukur baju di badan sendiri..so kalau gaji rm3000 sebulan..bayaran ansuran keta cuma dalam rm300 sebulan..pandai-pandaila cari keta yang bernilai macam tu kan..kereta second hand pun banyak yang masih ok..

Sebenarnya..kita masih perlu banyak-banyak berdoa pada Allah supaya diberi keberkatan rezeki kita..walau kereta apa yang kita guna..kalau ditaqdirkan setiap bulan buat hal pun banyak kena keluar duit..sebab tu kita tengok ada orang pakai keta baru pun asyik meragam ja..tapi yang guna keta lama biasa ja..bukan tak rosak tapi tak lah sampai menyusahkan tuannya..
Setiap yang terjadi dengan izin Allah..walau betapa cermat kita memandu atau menjaga kereta kita jangan lupa memohon pertolongan Allah..supaya tidak berlaku keadaan yang tidak diingini..

Kepada adik-adik yang baru bekerja..fikir betul2 sebelum beli kereta..masa muda/single memang boleh bayar ansuran  hingga rm500/bulan..nanti dah berkeluarga..banyak lagi komitmen lain..dengan kos hidup yang tinggi, barang mahal, upah mengasuh anak, sekolah anak dll..ye lah,,hutang kereta 9 tahun..lepas 2-3 tahun beli keta..kahwin..pas tu ada anak..mulalah rasa nak trade in keta ambil keta yang murah sikit..kalau dari awal dah rancang kan lebih mudah..lebih jimat..

okay..maaf kak ngah bebel sikit hari ni..jadilah orang yang bijak dulu dan senang kemudian..



Tuesday, September 23, 2014

Hujan..rahmat atau nikmat

Awal pagi ni hujan lebat..pukul 5 baby fateh dah bangun..siap senyum-senyum..alahai anak..ingat dah cuti solat nak bangun lambat sikit..hehe tapi dia dah bangun ummi pun kena bangun ler.....

selalu orang kata hujan rahmat..tapi saya pernah dengar ustaz kata hujan tu nikmat bukan rahmat..kata beliau rahmat Allah untuk orang Islam ja..tapi nikmat untuk semua makhluk...maka hujan tu untuk semua manusia..jadi ia NIKMAT dari ALLAH... sebab tu agaknya kita selalu sebut menikmati hidangan bla-bla..sebab benda makan ni semua orang dapat rasa...

Dalam surah Ar-Rahman..banyak kali ALLAH ulang perkataan nikmat.."Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"..

Memang tidak terhitung betapa banyaknya nikmat Allah pada kita...tengok kat badan kita ja dah tak terkira..mata, telinga, hidung, kaki, tangan...kemudian tengok sekeliling..udara,tumbuhan hijau dll..

Kadang-kadang kita lupa nikmat yang dekat sebab dok tengok nikmat yang orang lain dapat..
Sama-samalah kita mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah...

Budaya serumpun..

Alhamdulillah selesai membentangkan kertas kerja di Seminar Pertemuan Guru-guru Nusantara pada Jumaat lepas 19 September di IPG Pulau Pinang.
Khalayak peserta terdiri daripada para pendidik di seluruh rumpun Melayu nusantara..Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura..
Tahniah kepada KGMMB (Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat) yang menjadi peneraju utama seminar ini.
Seronok rasanya bila sesekali dapat bersama dengan rakan-rakan serumpun..paling seronok bila mendengar pembentangan kertas kerja tentang seni bahasa Melayu seperti pantun, peribahasa, gurindam dan sebagainya..dah lama tak dengar pantun Melayu yang asli..

Nak kongsi pantun sikit kat sini..

Baik-baik belayar malam,
   Arus deras karangnya tajam;
Cari-cari malim yang faham,
   Di situ banyak kapal tenggelam.

Apa beza pantun dengan gurindam..
Contoh gurindam...

Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal


Isteri cantik permainan kata
Isteri budiman tajuk mahkota

Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih

Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik tengah balai

Saya pun cedok dalam prosiding seminar je..tapi nak tepek gak kat sini untuk tatapan masa depan..

Wednesday, September 17, 2014

Bila nak kahwin?

Assalamualaikum..
Lamanya tak berblog..sejak ada facebook ni..adoi..malasnya nak menulis..jenuh nak mula tulis..

Alhamdulillah..sempena anniversary ke-4 pada hari ni..nak mula balikla tulis blog sebagai diari..hehe konon2nya la..(harap-harap berterusan la kan...)

Nak mengimbau kembali kenangan 4 tahun lalu..(jom..naik mesin back to the future back..)

19 March 2010 (Jumaat): 
Hari ni nak bersemuka dgn Zack KB..blind date la kan..tempat pertemuannya di kawasan parking sebuah Masjid di SPS..sebab aku ni bab-bab drive ni memang kureng..so yg paling senang nak pergi kat situ la..sebelum sampai masa janji lepas asar (around 5.30) singgah dulu rumah kak ta dekat-dekat situ..saja bagi tau dia sebab dia rajin gak dok tanya perkembangan aku..
dalam hati aku sebenarnya biasa2 je..kalau ditakdirkan ada jodoh ada la..
sampai kat masjid dalam kul 6 lebih..nampak keta masuk tempat parking..pas tu hp bunyi..dia tanya ada kat mana..aku pun bagitau sekian-sekian..aku bawa anak buah sebagai teman a.k.a mahram la kan..anak buah 6 tahun buat syarat..hehe
so..kami naik keta en.zack..dia bawa p pekan PB..kebetulan lalu depan u..tempat aku nak konvokesyen esoknya..rupanya dia pun tau ada majlis konvokesyen kat situ esok...
dalam hati (dup dap dup dap..nak bagi tau dia ke tak)..last2 aku pun cakap.."esok saya pun konvo kat sini.." dia macam terkojut gak (mungkin dok ingat dah tua2 baru nak konvo ka..hahaha,.sorry abg,,kalau salah andaian) "konvo master ka", dia tanya..aku balas.."tak, phd".."hah" (lagila dia terkezutt..sebab selama kenal di alam maya tak pernah bagi tau..) "Ohh..jadi saya keluar dengan doktor la ni..." fuh..dalam hati aku..biarlah terus terang..dia boleh terima ke tak terpulang..
kami pun terus ke PB..p pasaraya beli barang sat..tetiba kawan aku cal..siap nangis-nangis..nak jumpa aku..urgent katanya..so aku bagitau en.zack..dia kata dah kawan nak minta tolong..kita balikla dulu..aku pun bagitau kawan..aku akan jumpa dia kat masjid tadi sebab keta memang parking situ..
en. zack  hantar aku & anak buah ke masjid tadi..kebetulan dah nak mahgrib..dia pun singgah solat dulu baru balik..aku naik bahagian muslimah solat..lepas solat jumpa kawan..dia nak share masalah dia..aku tolong nasihat sekadar perlu..sampai anak buah aku kata.."makngah, lama lagi ka..." (haha..mesti dia boring dan lapar)..so kawan aku ajak p makan dulu..pastu baru balik rumah..
Malamnya..en zack hantar mesej..tanya dah sampai rumah belum..bla-bla-bla..aku pun dah tak ingat..hehe

Itulah pertemuan pertama dengan en.hubby..

Diringkaskan cerita...(haha..dah malas la tu nak citer panjang2..) 
11 April 2010--kami bertunang...
12 Sep 2010--kami bernikah
18 Sep 2010--walimatul urus..


kepada sahabat-sahabat diluar sana..usah risau..jodoh itu rahsia Allah..dia tau yang terbaik untuk kita..kalau belum bertemu jodoh lagi bersabarlah..dan kawan-kawan yang dah ada pasangan usahla ditanya berkali-kali kepada mereka yang masih bujang dengan soalan-soalan "bila lagi", " dah ada ke belum"...sebaik-baiknya kita doakan mereka moga diberi yg terbaik untuk mereka..aku dah laluinya..kahwin lewat ni bukan kita yg rancang (mungkin ada sesetengah orang yang tak nak kahwin awal)..tapi rasanya soalan "bila nak kahwin" dah tak sesuai ditanya jika sahabat kita dah berumur lebih 30 tahun..sebab fitrahnya manusia nak berpasangan..cuma keadaan dan masa belum tiba..Allah Maha Mengetahui siapa dan bila pasangan yang terbaik untuk kita..

Wallahua'lam..
Allahummasollia'la saiyidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam


.

Tuesday, January 4, 2011

Standards

Everyday I feel life is become more challenging. My job as a specialist is tough. I feel like doing one more Ph.D research. I need to improve my English speaking and writing skills if I want to work here  confidently. So, I have to keep practice writing and speaking everyday. Now, I’m doing a proposal on formulation of Standards in Science and Mathematics Education (SEARS). This task is so hard because it will involve all the South East Asia’s countries. I have no idea how to start this proposal or how to realise this project.

But I remember the lyrics from Maher Zain song.
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insha Allah we’ll find our way